Thursday, November 1, 2012

Novel Bersiri Terbaru - "TWILIGHT"



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian,

Kebanyakan antara kita mesti tahu dan tidak ketinggalan dengan movies bersiri “Twilight” kan.. Yang pastinya aku adalah salah seorang peminat setia siri tersebut. Kisah tentang Bella tak pernah pulak aku miss tengok di panggung yang berhampiran. Heroin rasanya tak se”hot” hero dalam cerita ni. Ok, pendekkan cerita, cerita “twilight’’ ini sebenarnya di adaptasikan dari novel bersiri yang di tulis oleh penulis yang agak terkenal iaitu Stephenie Meyer. Beliau telah mengarang sebanyak 4 episod bagi keseluruhan cerita. Lambakan novel beliau telah lama di pasaran termasuk la di Negara kita, apa yang penting kali ini novel beliau telah dialih bahasa kepada versi melayu. Pastinya di nantikan oleh peminat-peminat novel di Malaysiakan…;)

Siri Twilight yang terkenal kini telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia khas untuk peminat-peminat sejati Twilight. Terdapat 4 buah novel dalam siri ini iaitu Senjakala, Cinta Baru, Gerhana & Fajar. Disini saya berikan sedikit sinopsis novel-novel tersebut.. Selamat membaca...;)


Twilight (Senjakala)

Sinopsis
Twilight berkisar tentang seorang gadis yang menjalin hubungan dengan kumpulan puntianak. Kisah bermula apabila Isabella Swans atau Bella berpindah dari Phoenix ke Forks untuk tinggal bersama-sama ayahnya, Charlie, selepas ibunya berkahwin lagi.
Ketika bersekolah di Sekolah Tinggi Forks, dia berkenalan dengan adik-beradik Cullen dan kemudian mengetahui bahawa keluarga Cullen sebenarnya puntianak. Bella kemudian jatuh cinta kepada Edward Cullen, salah seorang daripada puntianak tersebut. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Bella menjadi buruan kumpulan puntianak lain yang bernama James. Dengan bantuan Edward dan keluarga Cullen yang lain, Bella akhirnya terselamat.




New Moon (Cinta Baru)

Sinopsis
Sambungan daripada Buku 1, Cinta Baru dimulakan dengan masalah hubungan cinta antara Bella dengan Edwards yang memaksa Edward memutuskan hubungan dengan Bella kerana tidak mahu membahayakan nyawa Bella.
Bella kemudian bersuhabat dengan Jacob Black dan kawan-kawannya, Sam Paul, Embry dan Quil. Apabila Jacob Black kemudian menjauhkan diri daripadanya, Bella mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan akhirnya mendapat tahu bahawa Jacob Black dan kawan-kawannya merupakan kumpulan serigala jadi-jadian.
Konflik cerita ini sampai ke kemuncaknya apabila Bella menyelamatkan Edward Cullen daripada cubaan membunuh diri serta menjadi mangsa kumpulan puntianak daripada puak Volturi.


Eclipse (Gerhana)

Sinopsis
Sambungan daripada novel Cinta baru, Bella masih terpaksa memilih antara cintanya pada Edward, si puntianak, dengan persahabatannya dengan Jacob, serigala jadi-jadian.
Pada masa yang sama berlaku beberapa siri pembunuhan kejam di Seattle, yang rupa-rupa masih terus memburu Bella. Kali ini berlaku pertempuran antara kumpulan puntianak baru yang diketuai oleh Victoria dengan keluarga Edward yang dibantu oleh kumpulan serigala jadi-jadian. Dalam pertempuran ini, Victoria akhirnya tewas.
Kesepakatan antara puntianak dan serigala jadi-jadian membuat Bella akhirnya sedar bahawa dia sebenarnya mencintai Jacob juga. Dia terpaksa membuat keputusan sama ada memilih kematian dengan berkahwin dengan Edward, atau memilih kehidupan.




Breaking Dawn (Fajar)

Sinopsis
Cerita ini mengisahkan perkahwinan Bella dengan Edward, keadaan Bella yang hamil yang menimbulkan persengketaan antara keluarga Cullen dengan kumpulan serigala jadi-jadian, serta transformasi Bella menjadi puntianak selepas melahirkan anak perempuannya, Renesmee.
Kelahiran anak puntianak ini menimbulkan konflik dengan puak Volturi kerana anak puntianak merupakan kepantangan atau sesuatu yang ditegah dalam dunia puntianak. Hal ini menyebabkan puak Volturi bertindak untuk menghapuskan anak puntianak ini. Bagaimanapun dengan sokongan kumpulan puntianak lain seperti keluarga Denali, puntianak pengembara, dan kumpulan Amazon sebagai saksi keluarga Cullen, serta kesepakatan dengan kumpulan serigala jadi-jadian, puak Volturi akhirnya terpaksa membatalkan niat mereka, menyebabkan keluarga Cullen terselamat.


p/s:  Kalau nak beli secara online pon boleh. (01.11.12)







1 comment: