Wednesday, October 31, 2012

Komen Yang Beretika ;)


“Aku Menulis Bukan Kerna Nama”

Assalamualaikum dan salam sejahtera, harap kawan2 dapat meluangkan masa sekejap untuk mentelaah karangan darjah tiga aku ni. Bak kata media kita “pena ibarat mata pedang yang tajam dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan mahupun kuasa besar”. Cerita kali ini aku nak lebih memfokuskan kepada etika ketika kita memposting komen, menulis blog, gambar dan sebagainya (FB, Twitter, Blog, DLL) yang anda pon boleh pikir sendiri, betul?.

Ada hal-hal yang boleh serta harus dilakukan dan juga ada yang sebaiknya JANGAN dilakukan dalam pergaulan sehari-hari begitu juga di laman sosial. Apa yang berlaku sekeliling kita pun boleh terjadi di laman social, bezanya kita tak dapat nak pegang jer…

Penulis atau pengkritik pada satu masa dulu menjadi musuh kepada penjajah, ditakuti kerana penulisan mereka boleh mempengaruhi minda "si pembaca". Berbeza dengan penulisan atau komen di laman-laman sosial ketika ini di mana kita boleh menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran walaupun kita sedari atau tidak ianya boleh memudaratkan jiwa “si pembaca”. Laman sosial menjadi wadah paling terbuka untuk kita melafazkan sesuatu mengikut mood atau emosi kita pada ketika itu. Memang kita sedari, salah seorang dari rakan sosial kita yang membaca adalah sahabat, cikgu, saudara atau ibubapa kita...  

Tindakan “memposting” di wallpost orang lain seperti menulis status yang kasar dan tidak senonoh, berbaur politik atau perkauman, mempromosi barangan @ MLM, adalah beberapa tindakan yang kurang bijak untuk kita lakukan di laman sosial. Perilaku seperti ini hanya akan membuatkan anda dijauhi oleh teman-teman laman maya anda…



Seharusnya penulisan @ perilaku seperti itu tidak harus dilakukan oleh kita yang berjiwa merdeka serta mementingkan keamanan… peace yo..!! Di sini juga ingin aku kongsikan apa yang aku terbaca melalui penulisan Katie Heaney (Penganalisis media sosial) Perhatikan hal-hal berikut yang sebaiknya tidak dilakukan di laman sosial.

1.     “Tag” secara sebarangan
Sesetengah pengguna laman sosial bukan seperti yang kita sangka, kadang-kadang mereka lebih suka menyendiri, tidak suka menonjol atau di tonjolkan oleh kawan mereka sendiri. Ketegori ini tidak melibatkan mereka yang memang memberi keizinan atau memang beliau suka di "tagging" supaya lebih mendapat publisiti dari pengguna laman sosial yang lain. 
2.     Komen teman yang baru putus cinta
Bab yang sensitif, jangan cuba-cuba untuk jadi hero kalau tak tahu nak mengawal keadaan, takut situasi akan bertambah teruk di sebabkan kita. 

3.  Sering tukar ganti status
Senang cerita saja nak up page sendiri la... MayB dah tiada idea nak mengarang status.

4.     “Memposting” Jawapan Kuiz 
Kita sendiri sudah tahu jawapan yang kebanyakan jawapan adalah tidak benar.

5.     Ajak kawan join games
Bukan semua orang suka games. Ingat!

6.     Buat group yg bkn2

7.     (Boleh Tambah Sendiri)

'Aku menulis bukan kerna nama' hanya nak berkongsi ilmu yang ak baru terbaca dengan IKHLAS. Bukan habuan dari si pembaca atau sesiapa yang aku nak, tapi habuan akhirat yang lebih aku utamakan.

p/s : yang penting etika kita, kita yang tentukan… nk senang pakai etika ni “ikut suka hati aku lah” macam ni bole jadi etika ker? Aduyainyerponggg….. hahaha (31.10.12)

No comments:

Post a Comment