Friday, October 19, 2012

Mydin "The Untold Story"




Buku ini menceritakan kisah pahit manis Tuan Mydin yang membangunkan syarikatnya dari Kelantan, sehingga kini menjadi sebuah syarikat gergasi yang mendominasi industri jualan barang runcit di seluruh Malaysia.

Wujudnya buku ini agar masyarakat akan sedar tentang kepentingan memulakan perniagaan, dan juga liku-liku yang bakal dihadapi apabila membuat keputusan untuk berada dalam landasan 9/10 rezeki di muka bumi ini.

Buku ini di tulis sendiri oleh menantu Tuan Mydin iaitu Datin Dr. Hajah Siti Hawa binti Mohd, Pengarah Sumber Tenaga Manusia MYDIN Mohamed Holdings Berhad. 

Buku ini berbeza dengan buku-buku perniagaan dan keusahawanan sedia ada yang dijual di kedai-kedai buku. Ini kerana setiap ilmu yang dikompilasikan dalam ‘MYDIN Di Sebalik Tabir’ adalah pengalaman sebenar, yakni ilmu yang dipraktiskan setiap hari untuk membangunkan empayar perniagaan sehingga MYDIN kini mempunyai 47 buah cawangan di Malaysia.

Pandangan Penulis tentang buku ini:

Dari segi harga, buku ini tidak semahal buku-buku yang seangkatan dengannya.
Isi kandungan, isi cerita kuat tetapi olahan kurang menarik (Bukan bidang Datin kot ;))
Motivasi untuk berniaga, sedikit rahsia perniagaan Mydin, 
happy reading to all...

No comments:

Post a Comment